Wednesday 8 May 2013

REZEKI TERPIJAK TAPI TAK PIJAK PUN...

08/05/13
ari i pegi MPS(Majlis Perbandaran Selayang) untuk uruskan lesen kilang dan tengok kawan berniaga kat lobi. masa lunch time tiba i call kakak dan adik yg bekerja kat mps tu ajak mkn tengah hari. sementara nak tunggu ain i dan kakak lepaking dulu kat luar lobi dgn kawan dia tetiba ada satu pakcik ni dtg kat kita org, dari segi penampilan pakcik ni memang selekeh dia berborak dgn kakak i dan tetiba jer dia kata nak belanja makan dan bagi duit poket rm 100.00 mula2 tu kawan dgn kakak i tolak tapi dia paksa amik.. apalagi x kan nak tolak rezekikan kawan kakak amik lah duit tu. kawan tu bagi kakak i rm50.00. i tanya siapa pakcik tu dorang cakap dia kontraktor mps dan rumah banglo paling besar kat kg laksamana tu dia punyer. ha???????? biar betol i terkejut berok x sangka plak org kaya rupenye.

Dah 10 minit lepas tu i terperasan satu lagi pakcik ni kat pintu masuk mcm kenal.... aaaaaaaarrrhaaa......... boss lama i cik latif salleh.....miss him........... i dgn tergedik2 pegi tegor dia rasa mcm nak salam tapi..... bukan muhrim (sopan sket perangai tu pn. maria). flasb back, masa keje dgn cik latiff i memang zero totally blur memang x tau apa2. i keje sebagai kerani dia dan jaga akaun dia syarikat susur gemilang entp. dan dia banyak mengajar i pasal keje dan bila i dah pandai sket i minta berenti utk cari pengalaman baru dan bila kita berhijrah ke tempat lain gaji boleh demand dgn pengalaman yang kita ada. hehehee..... (klasss ko maria) rasa macam bersalah pun ada.

masa berborak dgn dia tadi tetiba dia keluarkan note rm50.00 nak bagi i suruh pegi makan. i memang nak amik tapi malu2 la plak, tangan nak amik tapi hati dan otak kata jgn amik dan i pun menolak. puas dia pujuk suruh amik i pun puas jugak menolak (jual mahal la plak tetibe). kakak pun ajak cik latif makan kat kantin mps dgn kami tapi cik latif yang belanja. masa berborak tu dia ada offer i keje balik dgn dia dan dia boleh bagi gaji lebih tinggi dari keje i sekarang ni. i diam jer dan senyum tapi dlm hati nak jugak keje balik dgn dia sbb tengok keadaan dia skrg ni mcm x sehat jer makin kurus dan projek dia makin banyak dan murah rezeki sejak dia kawen dua ni. skrg ni semua keje dia upah kat org suruh buat claim payment. tapi dia cakap anak dia yang uruskan syarikat tapi selalu on.. off..on..off dan pernah kena pecat walaupun anak sendiri. masa i keje dgn dia memang dia baik dan selalu bagi i duit belanja makan dan bonus sampai 3 bulan. dia belikan i handset dan kalau setiap kali dia overseas dia akan belikan i souvernior. i memang rasa nak keje balik dgn dia sbb rumah i dekat dan x stress mcm keje skrg ni... tapi i berbelah bagi sbb i sayangkan boss besar keje i skrg ni dan dia memang percaya kat i mentadbir. errrmmmm..............??????????

Tuesday 7 May 2013

BLOG

eermmm..... first time ni type dalam blog saja nak explore menda "baru" padahal dah suku abad org dah tau buat blog dan tulis blog cume i jer baru tau. (ceh ber i..i pulak kat sini nyampah..)

7/5/13
ari ni sakit betol kapla i berdenyut-denyut rasa stress sesangat sbb x cukup rehat dan x cukup tidor padahal keje seminggu 5 kali 9-6 ptg dan  setiap sabtu ahad cuti tapi kenapa rasa x cukup rehat lagi?????
suara dah naik serak kepala makin berat. rasa macam nak amik cuti dlm 2-3 ari tapi dgn rasa tanggungjawab terhadap tugas (jgn nak poyo kat sini yer) x jadi nak isi borang cuti. ari ni baru ari selasa nak tunggu cuti ari sabtu minggu lama lagi.

balik keje nanti kena masak laksa sbb anak sulong i awal2 dah pesan pagi tadi sebelom gi keje.